Bengkel Sumo Robot Sesi 2
13 Oktober 2025 | Aktiviti TerkiniPada 12 Oktober 2025, seramai dua orang pelajar sekolah rendah telah mengikuti Bengkel Tiny Techies: Sumo Robot Sesi 2 yang dijalankan secara atas talian melalui platform Google Meet di NADI Sungai Bandung.
Bengkel ini memberi tumpuan kepada pembelajaran sambungan daripada sesi pertama, iaitu dalam aspek pembinaan dan pemasangan robot Sumo. Peserta didedahkan kepada demonstrasi langkah demi langkah membina robot, termasuk penyambungan komponen asas seperti motor, roda, dan pengawal litar. Melalui sesi ini, peserta dapat memahami fungsi setiap komponen serta mengaplikasikan kemahiran asas robotik dalam membina robot Sumo mereka sendiri.
Berikut adalah gambar sepanjang aktiviti ini dijalankan: